About Me

My photo
simple...cute...huhu..i love my family very much... mom,dad, adik2.... aku sgup lakukn ape sje demi dorg....they r everythg to me...

Wednesday, November 12, 2008




Aliyah

" Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam
seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur lantaran
usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,
sementelah TV juga
dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas
panjang. Dia memandang sekali imbas wajah
Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,
bangun lantas
menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.
Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk
tidur. Dahulu, semasa
puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.
Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya
yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat
mengenali isterinya. Jodoh yang diatur
keluarga hampir 16tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,
kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat
jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau
mampu untuk beri
makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia
berdepan dengan Aliyah.

"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup
bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah
Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu
memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di
rumah. Pagi-pagi,
selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk
ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan
bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-
anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi
Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.
Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang
sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah
bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu
sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang
menggilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah
selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak
dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,
tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,
dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara
yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu
bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,
alamatnya perang dunia meletus lah
jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-
dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Teringat dia kisah seorang tentera
yang disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup
diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang
tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,"
terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta,"
masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?" "Takutlah Qis, silap
haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg
faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia
sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri
pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.
Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati
kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah
dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak
mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar
Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan
dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian
lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban
malam dia akan bersama
dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis
kuliah agama. Membaca AlQuran secara
bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,
lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-
benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang
sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia
cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.
Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.
Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis
air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah
terjadi pada hari
itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti
biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya
seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon
madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox
hensetnya. "Qis
minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg
jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis
perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama
Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.

************ ********* ********* ********* *********
********* ********* **
Kepada:

Asraf Mukmin,
Suami tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna
cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka
perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga
redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah
jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini
Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia
memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak
nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang
mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah
sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret
ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan
dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu
untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang
pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,
Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg
anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah
berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita
sekeluarga singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan western
food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut
selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la
pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.
Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan
menjadi ibu pada
zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia
mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti
untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.
Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap
satu persatu,
Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini
penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat
membuat penilaian yang jauh lebih baik
memandangkan Abg mengenalinya lebih dari
Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan
berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket
penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg
di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,
ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah
berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah
sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan
isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding
denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang
hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran
Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ
berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi
kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !

Sunday, November 2, 2008

kau penipu....

dlu kau kate kite kwn sjati...
kau khianat ktorg...
kau pcah belahkn ktorg...
muke je baik tp hati busuk...
nape tbe2 prangai ko cmtu...
ak syg n pcaye kn ko...
tp kau la pnipu plg hebat kt dunia ni...
pape pun....aku doakn ko bhgia bsame die2...
org lain hina ko, kutuk ko....npe ko x sdo....
jgn bagi org lain snang2 gune kn ko...
dorg cume amek ksmptn ats ko...
tlglh sdo!!!
xpela klu cmni yg ko nk...
tp ak ttp ade klu ko plukan ak...
tp ak kcwa sgt2 dgn ko yg skrg....

Tuesday, October 21, 2008

b`satulah rakan2ku....






rakan2ku...
aku rindukn kmesraan lalu....
buang yg keruh...ambil yg jrnih....
nobody perfect.....
buanglh prasaan ego dlm hati....
smua 2 pmainan syaitan....
syaitan mmg suke tgok kite bpcah belah...

Friday, October 17, 2008

i'm home...yuuhuuuuu!!

i'm home...
besh gler....
umaku syurgaku...
mlm ni dpt tido ats ktil sndiri...
2 yg masyuk...
heee....

Thursday, October 16, 2008




• OH MY LORD
"O my Dear Allah, make my love for You the most beloved thing to me, and my fear for You the most fearful thing to me, and remove from me all worldly needs and wants by instilling a passion for meeting You, and when You have given the people of the world the pleasures of their world, make the coolness of my eyes (pleasure) in worshipping You." Ameen~

Wednesday, October 15, 2008

ya sohibi...syukran...


• BUAT SAHABAT
"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE


arini redupp je...
rindu kt mak ayah kt uma...
esok nak blik...
yuuhhuuuuuuu!!

waHai WaNita.......


Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...

Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,

Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...


Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..


Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...


Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..


Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,

Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

Tuesday, October 14, 2008

....~~~~.....

Warkah untuk dirimu yang jauh...Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh....Keberadaan warkah ini di tanganmu sudah cukup untuk menyentuh rasa hatiku, terasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt kerana menemukan kita kembali di dalam lembaran ini. Alhamdulillah, diri ini ketika ini sihat dan berada di dalam keadaan yang baik. Bagaimana khabar dirimu dan imanmu di sana? Semoga berada di tahap yang diingini dan semoga berkah dan rahmat Allah senantiasa mengiringi langkahan kakimu. Semoga engkau menapak dengan penuh rasa kehambaan...Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Dan sesungguhnya penantian itu seperti suatu yang berat untuk ditanggung. Tetapi seperti katamu, sabar itu buahnya manis. Sabar itu memberi erti. Dan diri ini sedikit sebanyak tenang dengan pujukan itu. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati. Semoga kita banyakkan istighfar apabila mengingatkan perkara ini. Jangan sampai terperangkap di dalam zina hati!Jangan terpedaya oleh nafsu kerana ingatlah akan sabda Rasulullah saw ini...."Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)" (HR. Hakim).Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi. Diri ini terus bersiap untuk menerima perubahan keadaan persekitaran yang baru. Begitu juga persiapan minda dan sebolehnya sama samalah kita menambah ilmu agar tidak timbul kesulitan di kemudian hari nanti. Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hatimu hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami...Ingatkah dirimu akan ayat ini....”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan:74)Doa' yang dititipkan kita setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku...Kadangkala terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu tidak pernah kutemui. Kelihatannya lucu bagi ramai orang, bagaimana kedua insan yang belum pernah bertemu boleh disatukan. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, di setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku... dekatkanlah.Jika bukan, maka jauhkanlah... tetapi ternyata perjalan urusan ini semakin dimudahkan Allah. Dan nyata, yang perlu dilakukan hanya menyemai kasih dan cinta padamu selepas pernikahan dan itulah yang terbaik buat diri ini kerana diri ini hanya mahukan keredhaan Allah di dalam setiap langkahan kaki dan perbuatan.Insya Allah, segala perbuatan yang baik itu akan dibalas dengan kebaikan juga. Dan ingatlah wahai bakal suamiku, tiap perbuatan dan tingkahlaku kita akan diikuti oleh generasi selepas kita. Jadi berwaspadalah dengan setiap tutur kata dan perilaku...اللهم لك اسلمت وبك آمنت,وعليك توكلت,واليك انبت,وبك خصمت,واليك حا كمت فاغقرلي ماقدمت وما اخرت وما اسررت وما اعلنت,انبت المقدم وانت المؤخر, لااله الا انت ولا حول ولا قوة الا با لله Allahumma laka aslamtu, wabika aamantu, wa’alaika tawakkaltu, wailaika anbtu, wabika khoosamtu, wailaika hakamtu faaghfirlii maa qoddamtu wamaa akhkhartu, wamaa a’lantu,antalmuqodaimu wa antalmuqoddimu, wa antal muakhiru, laailaaha illa anta wala haula wala quwwata illabillahi.Ya Allah hanya kepadamu aku berserah diri ,beriman, bertawakkal, kembali dan hanya bersandar kepadaMu aku mengambil keputusan. Kerana itu perkenanlah Engkau mengampuni dosaku yang telah lampau dan dosa yang akan terjadi, apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku tampilkan .Engkaulah yang mendahulukan dan yang mengakhirkan, tiada Tuhan selain Engkau, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Mu Allah.Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti.Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal pada Allah swt.Semoga terus berada di dalam redhaNya...Bakal zaujahmu...